10/05/09

Seni Bina Tamadun Islam... Megahnya Sebuah Istana Alhambra



Istana Al Hambra di tanah tinggi Kota Granada Sepanyol (pada waktu malam) yang telah dibina oleh orang islam pada zaman Bani Umayyah hampir 800 tahun lalu..



Istana Alhambra yang juga bererti Istana Merah..
Letaknya di tengah-tengah bandar Granada, di kawasan tanah tinggi, menjadikan ianya bangunan tertinggi di bandar itu. Jalan memasukinya ialah jalan tar yang di kiri kanannya air mengalir laju menuruni curam yang memisahkan AI Hambra dengan kawasan sekitarnya. Airnya jernih, sejuk. Indah dan segar menghiasi jalan masuk itu . Air ini sumbernya tidak dapat dicari dari mana datangnya. Maka pendakian diteruskan.

Sampai di satu perhentian tanah tinggi itu, terdapat air membuak dari arah dalam bumi melalui lubang sebesar bola sepak.

Ajaib! Menurut sejarahnya, sebelum AI Hambra dibina, orang Islam melepaskan burung untuk tujuan mencari tempat air. Maka burung pun hinggap di tempat di mana AI Hambra ini dibina.

Sepanjang berjalan menuju Al Hambra, tanah tinggi di bawah teduhan pokok-pokok yang memagari kiri kanan jalan terpaksa di daki. Di tepi2 jalan tesebut tedapat bangku-bangku yang cukup pejal dan kemas buatannya, terbayanglah betapa lagilah istananya.

Pintu masuknya besar dan tinggi. Daun pintunya hampir satu kaki [ 0.3 meter] tebal dibuat dari besi hitam yang cukup pejal. Kira-kira tingginya pintu itu ialah cukup untuk lalu kuda yang di atasnya terdapat sekedup untuk duduknya Raja.

Begitu tinggi dan lebarnya pintu Al Hambra. Di atas pintu itu tertulis ayat Kursi. Tapi kerajaan Kristian Sepanyol sekarang mahu menutup syiar Islam itu dengan meletakkan patung-patung di kiri kanan pintu masuk dan palang salib di atasnya. Luka benar hati melihat itu semua.



Kini Al Hambra menjadi pusat pelancongan dan memberikan kerajaan Sepanyol beribu-ribu pesites ( unit duit Sepanyol, setiap hari). Oh AlHambra!

Al-Hambra
kamu tetap tegak lagi
sesudah beratus-ratus tahun
kejatuhan dan kematiannya
tukang bina dan tuan punyamu

kamu kini tegak untuk musuhmu
untuk poket dan kebanggaan mereka

tapi Al-Hambra
kalau engkau dapat berkata-kata
pasti tiap-tiap hari kau akan menjerit begini..

“Aku tak rela
masuk ke sini
orang-orang yang tidak kenal Tuhan
kerana aku kepunyaan orang beriman
orang yang bersembahyang!

dan orang-orang yang menegakkan Al Quran!”

Bersabarlah Al Hambra
kerana ini, kami sudah datang
untuk memberitahumu
bahawa kami akan tebus kamu kembali
dengan darah dan air mata

di bawah pimpinan

Al Mahdi Murtadha dan Nabi Isa as



Bila berdiri di satu tembok yang mengadap keluar dan ke bawah Al Hambra yang tersergam gagah. Di jauh sana ada bukit. Di atas bukit itu ada masjid. Tapi senasib dengan Al Hambra, masjid yang tinggi itu bukan masjid Islam lagi.Dengan jelas dapat disaksikan anak-anak tangga untuk naik ke masjid itu. Tapi nampak usang. Tetapi pelik pula dengan lubang-Iubang gelap yang nampak tertebuk di sekitar masjid itu. Nampak seperti gua. Rupa2nya, itulah tempat suluk ahli-ahli sufi di zaman Islam dahulu.

Masya Allah! Terpegun melihat tanda-tanda Islam yang aneh itu. Mana ada di Malaysia perkara itu. Kalau ada pun orang bersuluk, disyakilah sebagai bukan ajaran Islam tapi ajaran salah atau sesat!

Jarak dari menara yang tinggi itu hampir 1/4 batu [400m] untuk masuk ke bahagian lain istana. Demikianlah luasnya Al Hambra itu. Istana itu dibina oleh Islam yang memerintah Sepanyol kira-kira abad ke 8 Masehi. Dari salah satu dinding yang bertulis, terdapat tulisan yang mengatakan AI Hambra dibangunkan di zaman di Raja Nasrullah.Raja itu digelar Amiirul Muslimin. Istana itu luas sungguh.



Ada beberapa perkara ajaib dalam AI Hambra. Pertamanya ialah tempat mengambil wudhuk yang dibina di tengah-tengah ruang masjid Al Hambra. Air untuk berwudhuk keluar dari mulut-mulut singa. Air itu entah dari mana datangnya.

Semasa zaman pemerintahan Islam, air itu keluar sendiri bila masuk waktu sembahyang dan berhenti juga sendiri (automatik).. Tiap-tiap waktu sembahyang begitulah. Tapi bila AI Hambra dikuasai Kristian, mulut singa itu dibuka untuk diselidiki teknologinya, dan hasilnya air mengalir tidak berwaktu lagi..mengalir setiap waktu.

Saintis moden hari ini kagum dengan teknologi pengairan yang terdapat di Hambra. Mereka tidak dapat menirunya. Bahkan kalau mereka cuba selidik, untuk kaji rahsianya air tidak akan keluar langsung.

Sebab itu mereka tidak berani mengganggu lagi. Terdapat
beberapa tempat air dalam AI Hambra yang sudah kering pancutannya, adalah kerana sistemnya diganggu. Dan tiada siapa yang mampu membaikinya supaya air itu mampu mengalir lagi.

Itulah keajaiban AI Hambra. Di tempat lain bila mendongak ke bumbung istana seperti ruang-ruang lain, terdapat ukiran yang sungguh seni dan cantik, bertulis ayat-ayat Quran
dan nama- nama Allah. Tapi sebahagian dari bumbung-bumbung itu kosong tanpa ukiran dan tulisan.

Sebenarnya orang Kristian cuba menutup syiar Islam dengan membina bumbung lain. Tapi bumbung baru itu roboh dan tempat
roboh itulah kami dapat lihat keasliannya Ya, Ada tempat roboh walhal AI Hambra yang lebih lama dari itu tidak menampakkan tanda-tanda mahu roboh!

Teknologi orang Islam adalah ilham dari Allah sedang teknologi, orang bukan Islam adalah hasil fikiran sendiri. Mana sama sesuatu, yang asli dengan yang palsu!



Di satu ruang besar, agak gelap bentuk hemisfera ada satu
keanehan yang lain. Di dalamnya, jika bertakbir, gemanya sangat kuat hingga menaikkan bulu roma. Di ruangan itu ada sistem menguatkan bunyi yang perlahan. Jika kita membisikkan sesuatu ke dinding hemisfera itu dan menyuruh rakan kita melekapkan telinga ke dinding yang jauh di hujung lagi satu, rakan kita akan dapat mendengarnya.

Wujud sistem penghantaran bunyi yang perlahan ke tempat yang jauh.


Di depan ruang itu terdapat kolam ikan. Airnya hijau. Ikan seperti lampam terdapat beribu ekor di bawah air. Ada warna putih, kuning, merah, belang-belang dan macam-macam. Jinak tapi tak dapat ditangkap. (Difahamkan asalnya itulah kolam tempat mandi raja).

Di bilik air istana AI Hambra pula, ruang bilik air itu kelihatan paling terang dari ruang-ruang yang lain. Sebab bumbungnya dibuat dari cermin, membenarkan cahaya matahari masuk. Mungkin untuk menjadikan bilik air itu mudah kering, lagi pun dulu mana ada lampu elektrik, cahaya agak susah jadi umat Islam berfikir bagaimana untuk masukkan cahaya asli ke ruang sulit itu. Terdapat kolah air yang besar di dalamnya. Cuma ada satu paip untuk isi air ke dalam kolah, tapi air sentiasa mengalir darinya, membuatkan kolam besar itu penuh diisinya.

Pelawat-pelawat yang memenuhi kawasan AI Hambra semua dipandu oleh pemandu-pemandu yang tahu benar tentang AlHambra. Di setiap ruang AI Hambra yang mereka masuk, pemandunya akan menerangkan tentang guna dan nama ruang itu semasa ia digunakan dulu. Pelawat- pelawat itu mendengar dengan penuh perhatian sebagai murid terhadap gurunya. Setengah mereka mungkin buat thesis, ada
juga penulis, pengarang majalah, wartawan dan macam- macam. Semuanya mahu melihat dan menulis tentang Al Hambra. Dan tentunya mereka menulis melalui pandangan keyakinan mereka. Yahudi, Nasrani dan Majusi tapi tidak sekali – kali Islam.

Sebab itu tidak hairan fikiran manusia hari ini, termasuk umat Islam yang bahan bacaannya ialah hasil tulisan Yahudi Nasrani dan Majusi itu adalah fikiran yang dicanai oleh puak- puak itu, yang bertentangan dan memusuhi Islam.

Dari situ fahamlah kami bahawa AI Hambra dibangunkan dengan rasa taqwa, tempat bersemayam raja (ambang bahawa Islam itu gagah lahir batinnya) serta juga tempat berkubu panglima-panglima Islam serta juga musuh-musuhnya. Tapi kerana kecuaian dan kedegilan pewaris-pewaris Al Hambra, istana itu akhirnya Allah serahkan pada musuh sebagai hukuman pada umat Islam yang telah engkar..



Olahan dari buku : Kembara Membuktikan Kebenaran Al Quran
Perjalanan Ustaz Ashaari Muhamad semasa melawat Istana AlHambra, Granada – pada 30 Oktober 1985

4 ulasan:

thiah berkata...

WAh. menariknyee..

er. ups. salam blogger~

Tanpa Nama berkata...

salam.

izinkan saya meng'link'kan blog saudari di laman komuniti blogger smapk?

Tanpa Nama berkata...

eika,
tempat suluk tu ape?

MuJaHiDaH berkata...

salam..
alamak..mintak maaf bebanyak followers2 ku..huhu..
da lame sgt x bukak blog ni..
tahniah kerana anda telah berjaye mengetahui rahsie2 di sebalik istana alhambra ni.. binaan arkitek islam terdahulu yg sgt2 dibanggekan sehingga sekarang..

thiah, salam blogger!

kepade smapk, anda dibenarkan walaupun blog ni sbananyer blog persendirian(syok-syok sendiri),tp agk musykil la mne anda dpt address blog ni..

kepade raihana,suluk tu adelah satu tempat utk pengasingan diri, same je mcm bertahanud atau berkhalwat, bersendirian dgn Allah..