9/10/09

Adakah Kamu Bersedih??




Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya.
Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar
dan itupun juga adalah baik baginya.”

Berusahalah untuk menjadi orang mu'min yang luar biasa.. tak larut dek hujan tak lekang dek panas..itulah ibaratnya dalam pepatah bahasa melayu..
maksudnya kita perlu terus berjuang walau kita jatuh berkali-kali dan jangan terlalu cepat melatah dan mudah mengalah,
kerana sifat orang mu'min itu tidak pernah berputus asa kerana dia tahu bahawa segala kurnia atau perkara yang Allah tentukan ke atasnya pasti mengandungi hikmah yang kadang-kala memang sukar untuk diketahui atau diungkapkan.

Jadi ucaplah alhamdulillah walau bagaimana sekalipun susahnya atau senangnya kehidupan kita...
Pujilah Dia kerana kekerdilan kita dan lemahnya kita sebagai hambaNya.
Sesungguhnya segala puji itu HANYA bagi ALLAH..


Pesanan untuk sahabat-sahabat..
di mana jua anda berada, letaklah Allah di tengah-tengah sudut hatimu supaya setiap niat, gerakan, atau perkataan yang kita tuturkan pada setiap hari membawa kita untuk menjadi hamba yang lebih dekat kepadaNya.
Semoga bejaye! :)

7 ulasan:

na'im berkata...

haa..baru nk udpate..pnat tunggu ekau hapdet..
papepon..nice article..

MuJaHiDaH berkata...

busy2..
nak tulis dlm ni pun pk beribu kali..
huhu

na'im berkata...

ooo..
patutle...
kk..

Tanpa Nama berkata...

alhmdulilh diberi kelpngan kn ika...
windu anti !!!!!

MuJaHiDaH berkata...

yea..
tu je le yg bleh nk tulisnyer..
nti ade kelapangn tulis le byk lagi.
heheh.

syara rindu syara jgk!!
ble lagi bleh jumpe ni..

Tanpa Nama berkata...

tu r..ble lka lg leyh jmpe...
huhu..
insyaALLAH de kesemptn nnt kte kn jmpe!!

MuJaHiDaH berkata...

herm insyaALLAH! :)