26/11/09

Mana Perginya Ihsan?

Hari ini (10 ZULHIJJAH ) Lambat post daa..

Hari ini teringin nak kongsi dengan sesapa yang terserempak ngan blog yang sering senyap sunyi ni. Aku dapat ilmu yang sangat-sangat berharga pada hari yang tersangat lah mulia bagi sesiapa yang mengetahuinya... Ya, hari raya eiduladha..
Ramai orang lupa, hari ini lah yang sepatutnya dimeriahkan lebih dibandingkan dengan hari raya aidilfitri, kerana pengertian dan insiden-insiden yang berlaku sempena dengan tarikh ini membawa konsep yang besar dalam Islam itu sendiri.
Itulah kalau kita sendiri lihat di Mekah, memang berbezalah keadaan pada hari aidilfitri dengan aidiladha. Yang kita kat malaysia ni macam mana pulak ye? Raya haji macam-macam tu je, raya aidilfitri, tu dia, sampai sebulan.wah. Hakikatnya, raya aidilfitri sehari sahaja kita melaungkan takbir, hari raya aidiladha? 3 hari.. erm, jadi sama-sama lah kita memikirkannya.. (kat Kelantan, raya korban lagi meriah kan, hehe )

Itu sebenarnya cuma INTRO. Apa yang nak dikongsi ni bukanlah berkait ngan raye-raye ni. Alhamdulillah, rahmat dari Allah,pada 10 Zulhijjah ni aku diingatkan dengan ilmu yang sangat bernilai.
Hari ni, aku belajar sesuatu yang sebenarnya aku telah belajar, tapi dilupakan.
ya, seperti apa yang kamu baca pada tajuk post ini, mana perginya ihsan..inilah yang patut kita sedari, mana perginya ihsan kita dalam setiap perlakuan kita sehari?
Rasulullah SAW mengajar kita tentang apa itu iman, apa itu islam, dan apa itu ihsan?
Dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim , semestinya kita sudah cukup tau dan kenal apa itu iman, dan islam, rukun-rukunnya.. tapi ihsan?
Dalam satu kisah, pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW dan para sahabat sedang berkumpul di masjid, datang malaikat Jibril bertanyakan kepada nabi tentang iman, islam dah ihsan. Pada ketika Rasulullah SAW menerangkan apa itu ihsan, Rasulullah SAW bersabda " Ihsan itu adalah apabila kamu melakukan ibadah seolah-olah kamu melihat Allah, jika tidak sememangnya Allah sedang melihat kamu "
Jadi apa yang kita dapat daripada maksud ihsan ini? Aku masih ingat, sepanjang pembelajaran aku di sekolah, acap kali cikgu mengajar aku tentang iman dan islam, dan juga ihsan, tapi hanya sekadar maksudnya sahaja, dengan kata nama lain, kita hanya diajar tentang ihsan di permukaannya sahaja. Adakah kita betul-betul faham apa itu yang dimaksudkan tentang "apabila kamu melakukan ibadah seolah-olah kamu melihat Allah, jika tidak sememangnya Allah sedang melihat kamu ".. Inilah 'key' sebagai guideline dalam kehidupan seharian kita. Ketika kita solat, belajar, bergaul bersama rakan dan di mana-mana sahaja. Yakinkan diri bahawa di mana saja kita berada, Allah sedang melihat kita, dengan level yang lebih tinggi lagi, mata (mata hati) kita melihat Allah. Jadi dengan itu, kita akan sentiasa menjaga tingkah laku kita atau berwaspada dalam setiap perbuatan yang kita lakukan sehari-harian.

Bagaimana pula ketika solat, bagaimana untuk kita terapkan konsep ihsan ini ketika kita berkomunikasi dengan Allah? Dan kita sememangnya kadang kala apabila melakukan solat terasa ia hanya seolah-olah rutin, atau repetition, atau pun kita pernah tertanya-tanya 'apa yang aku dapat dari solat ini?' Seolah-olah hanya jasad yang berfungsi, hati jauh dari perkataan yang diucapkan dalam solat. Dengan ihsan inilah, kita dapat mengatasi segala perasaan bosan atau perasaan sia-sia dalam melakukan solat. Sepatutnya, solat itu sentiasa diperbaharui. Di sini bukanlah maksudnya suka-suka buat rukun solat baru..tapi, baharu kanlah hati atau perasaan kita terhadap Allah. Tingkatkan perasaan cinta kita kepada Allah setiap kali dalam solat yang kita lakukan. Bagaimana nak tingkatkan cinta kita pada Allah? herm, hitunglah nikmat yang Allah beri, lihatlah dan fikirkanlah kebesaran Allah melalui ciptaan-ciptaanNya di sekeliling kita. Dan sentiasa lah berdoa supaya Allah kurniakan cintaNya kepada kita, itu sebaik-baiknya.. Melalui inilah, InsyaAllah, kita akan sentiasa khusyuk dan ber ihsan dalam melakukan solat, atau apa-apa pun ibadah yang kita lakukan, walau menuntut ilmu sekali pun.

Kita lihat sahaja kisah sahabat-sahabat nabi terdahulu, betapa ihsannya mereka dalam solat. Salah satu kisah seorang sahabat yang dipanah pada kakinya, lalu ada seorang yang ingin mencabutnya, tapi sahabat tersebut menghalangnya dan menyuruhnya mencabut panah itu ketika dia bersolat. Lihat, betapa mereka hayati solat mereka sehingga walau sesakit mana pun,mereka tidak merasakan apa-apa pun ketika mereka bersolat. Kerana sikap ihsan ini juga, sahabat-sahabat nabi mampu melakukan sujud dari awal tengah malam sehingga masuk waktu subuh tanpa disedari. Sepertimana juga Rabiatul Adawiyah, melakukan solat sehingga 1000 rakaat dalam satu malam. Ini semua kerana sikap ihsan mereka, betapa mereka merasakan bahawa mereka melihat Allah dan Allah melihat mereka. Bagaimana pula dengan kita?

Kata macam senang, perlaksanaan tak semudah percakapan, kan? Tapi macamana pun kita perlu berusaha untuk peroleh ihsan ini, bukan tidak mampu, kita mampu insyaAllah, supaya ISLAM yang kita digelarkan ini sempurna, kerana jika hanya iman dan islam tanpa ihsan, itulah yang kita lihat sekarang, walau seseorang itu bersolat, dia tetap dengan maksiat yang dia lakukan. Jadi janganlah kita tergolong dalam golongan yang Rasulullah pernah katakan bahawa -ramai yang bersolat, namun mereka tidak mendapat apa-apa dari solat mereka. Nauzubillah.. Wallauhalam.. Segala yang baik dari Allah, jika tersalah kata, tolong betolkan yer..

Tiada ulasan: