17/01/10

Cari Cinta pada Siapa?

Kenapa perlu mencari cinta,
Dari makhluk ciptaanNya,
Yang kasihnya hanya sementara,
Yang kasihnya buat kita tidak tentu hala,
Yang kasihnya tidak sesetia,
Kasih Allah yang membawa erti sebenar cinta,
Kepada setiap hamba-hambanya.

Namun sering kita lupa,
Cinta Dialah cinta yang teragung,
Kenapa tidak mahu menagih cintaNya?
Kenapa masih mahu mengharap hanya dari cinta manusia?
Sedang Dia yang sentiasa menjaga kita,
Dia yang sentiasa memerhati kita,
Dia yang tidak pernah jemu mendengar setiap rintihan kita,
Dia yang sentiasa menunjukkan kasih sayangnya kepada setiap hambaNya,
Dialah yang beri segala-galanya,
Tidak sedarkah kita?
Betapa tidak malunya kita,
Terhadap Tuhan yang mencipta kita.

Lalu, apakah yang masih kau fikirkan lagi?
Luahkanlah cintamu padaNya,
Harapkanlah cintaNya padamu,
Itu jauh lebih berharga dari bumi dan seisinya,
Ketakwaanmu terhadapNya,
Itulah tanda cintamu kepadaNya,
Raihlah takwa itu,
Moga Dia menerima cinta kita,
Demi cintaNya yang kita damba.

*Tiada cinta sehebat cinta Rabbani(Tuhanku)*

Tiada ulasan: