12/03/10

Zuhud..Apakah itu?

Jom, saya nk kongsi serba sikit apa yang saya tau tentang zuhud. Ini adalah ilmu yang saya dapat dari buku bertajuk 'TASAWWUF' yang dikarang oleh (da lupa da) sesiapa nk tahu, boleh tanye secara personel.

Mari kita sama-sama belajar apa itu zuhud?

Apa yang kita phm tentang zuhud ni? Dulu saya paham zuhud tu.. Orang yang makan sikit-sikit je, orang yang pakai baju takde fesyen2 atau baju compang-camping , orang yang pakai kereta buruk, orang yang rumah kecik dan sempit.. <- Buang pandangan-pandangan ini.. Ini pandangan saya sewaktu Jahiliah dulu..Pandangan yang terlalu sempit! (Tapi tidak bermakna salah, bergantung kepada mereka yang memahami erti zuhud itu bagaimana..bergantung pada niat)

Zuhud MAKSUDNYA lebih LUAS dari itu.

Orang yang berzuhud ini dia sentiasa memahami apa yang dia lakukan, walaupun kadang kala orang sekeliling memandang pelik dengan kelakuannya.. (Mungkin masih pening-pening untuk memahami, jangan risau, kita belajar satu per satu)

Zuhud itu bermaksud MENJAUHKAN DIRI DARI SESUATU UNTUK MENDAPATKAN YANG LEBIH BAIK.
Ya, orang yang berzuhud ini, dia sentiasa meninggalkan sesuatu perkara yang mungkin dipandang orang yang buta adalah sesuatu yang baik, tapi baginya itu tidak, ada yang lebih baik yang ingin dia capai.

Contoh paling mudah untuk difahami. Kita ada wang yang banyak, kita belanjakan semuanya di jalan Allah untuk kita dapat saham yang LEBIH BESAR di akhirat. Tak ke untungnya orang yang berzuhud ini. Itulah yang dimaksudkan meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan yang lebih baik. Meninggalkan kekayaan di dunia untuk mendapatkan kekayaan yang jauh berjuta-juta baik di akhirat sana.
( Jadi, sesiapa yang ada duit, duit biasiswa pun boleh jugak,hehe , bolehla belanjakannya untuk pelaburan saham yang hasilnya untuk akhirat nanti.Daripada gunakannya untuk perbelanjaan yang sering jadi sia-sia kat dunia ni..Ha, pikir-pikir kan mase depan)
Ataupun, kita ada baju yang cantik, kita berikan pada orang lain yang memerlukan kerana nak dapatkan yang lebih baik, mungkin baju sutera hijau kat syurga nanti..?

Ada juga ahli tasawwuf yang mengdefinisikan zuhud ini sebagai, MENGOSONGKAN TANGAN DARI MEMEGANG, MEMUTUSKAN HATI DARI MENGINGATINYA.
Hm, lebih mendalam maksudnya. Anda pun mungkin boleh fahamkan sendiri walau tidak diterangkan.
Mengosongkan tangan dari memegang dan memutuskan hati dari mengingat, bermaksud mengganggap ringan harta yang kita peroleh dan membersihkan hati dari sentiasa ingat padanya. Bila ada kesenangan, terasa serabutnya otak untuk memkirkan bagaimana untuk mendapatkan duit yang lebih banyak, bagaimana nak menjaga harta yang ada dari dirampas orang lain, ada pula yang cemburu dengan orang lain yang lebih kaya dari dirinya dan bagaimana untuk dibelanjakan bagi kepentingan diri sendiri.
Kadang kala kita juga terjerat dengan perkara seperti ini, walaupun skopnya adalah lebih kecil dari contoh sebelum ni, tetapi konsepnya masih sama. Bila dapat duit yang banyak, mesti terasa, wah dalam tangan aku ada duit yang banyak( duit biasiswa, contoh), apa yang aku nak buat?nak beli baju, handset baru, iphone! baru stylo..
Orang yang terasa hidupnya susah pula lain situasinya. Kadang-kadang menjadi berat untuk bersedekah atau memberi tolong orang lain apabila memikrkan dirinya yang susah. 'Macam mana nak tolong, sedang kan diri aku sendiri pun susah, tak kan aku nak sedekah kat die kot '.. Pernah kah kita hadapi situasi sebegini?

Kita memandang berat harta yang kita ada, dan sentiasa menghitung-hitungnya untuk kebaikan kita sendiri. Sehingga menjadikan kita KEDEKUT untuk menghulurkan pada orang lain. Herm, betapa kita lupa pemberian itu semuanya DATANG DARI ALLAH..! Lebih banyak harta yang DIA beri sebenarnya lebih besar ujian yang diberi oleh Allah kepada kita.
Tidak taukah kita, yang paling ramai memenuhi neraka adalah orang yang kaya?

Mari kita lihat pula kisah para sahabat. Bagaimana kehidupan mereka yang Allah limpahinya dengan harta kekayaan. Cakap tentang sahabat yang kaya, pasti terus kita ingat Abdul Rahman bin Auf. Ini adalah sahabat yang dijanjikan syurga. Bagaimana sahabat RA ini mengosongkan tangannya dari memegang harta, dan memutuskan hatinya dari mengingatinya. Walau kaya mana sekali pun beliau sentiasa menggunakan hartanya di jalan Allah.Betapa sahabat ini takut dengan kekayaan yang Allah berikan kepadanya, takut kerana kekayaan ini akan membinasakannya. Pernah Saidina Ali berkata 'Tidak perlu menghiraukan makanan dunia, sama ada daripada orang mu'min atau orang kafir. Anggaplah semua yang ada di sekelilingmu tidak mempengaruhimu'

Orang yang berzuhud mereka tidak memandang keindahan dunia, mereka sentisa mengharapkan yang lebih baik dari itu di akhirat nanti. Bukanlah bermaksud kita tidak boleh makan makanan yang sedap-sedap, atau memakai pakaian yang cantik-cantik, tetapi kita perlu menganggap perkara ini tidak mempengaruhi diri kita. Walau ketika kita memakai kereta mercedez atau memakai kereta kancil, kita merasakan kedua-keduanya adalah sama. Kita memakai baju yang berfesyen atau tidak, kita mengganggap itu adalah sama. Kita memakan nasi dgn kicap atau chicken chop, kita merasakannya sama. (Kiranya, mana-mana pun boleh) Rasulullah tidak mengelak walau ketika dihidang dengan makanan yang sedap, tetapi Baginda menganggapnya sama dengan sekeping roti kering.
Maksudnya, kita tidak memandang rendah atau tingginya taraf sesuatu perkara,apabila rendah kita merasa jijik atau hina, apabila tinggi kita merasa hebat dan bangga. Kita patut menghadapinya dengan sentiasa mengingatkan diri bahawa semuanya datang dari Allah, dan Dialah yang Maha Kaya dan Maha Pemberi.

Sesungguhnya zuhud adalah wasilah kepada mencintai Allah.
Hadis Rasulullah SAW : Zuhudlah kamu ketika di dunia, nescaya Allah akan mencintaimu. Zuhudlah kamu kepada manusia nescaya mereka akan menyukaimu.
'Darjat zuhud itu lebih tinggi setelah takwa'

Mari kita berzuhud mengikut kemampuan kita..! :) (Mintak maap kalo ade perkataan yang tak paham)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lamo benor tak dgr kabo mg??
mano pogi ha?

MuJaHiDaH berkata...

mg?? ape tu?
Rai... cuti kan skg? smpi bulan oktober??
Sori la.. skrg sgt sbuk3.. AUSMAT la katekan.. doakan kte yea. pas ausmat ni.. rsau..huhu..